Tatacara dan Prosedur Parlimen di Malaysia: Ayat Mengundang-Undangkan dalam Undang-Undang
Procedures in Parliament of Malaysia: Enacting the Formula of Bills
DOI:
https://doi.org/10.54313/journalmp.v5i.151Abstract
Secara umumnya, kita mengetahui bahawa Perkara 66(3) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Rang Undang-undang (“RUU”) hendaklah dikemukakan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum suatu RUU itu boleh diwartakan dan dikuatkuasakan. Namun, Peraturan Mesyuarat 50A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara (“PPMMDN”) dan Peraturan Mesyuarat 95 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (“PPMMDR”) telah memperuntukkan formula penentuan untuk mengundang-undangkan suatu RUU sebelum RUU itu dikemukakan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong. Artikel ini tidak bertujuan untuk mencadangkan mahupun mengemukakan apa-apa pindaan terhadap undang-undang dan prosedur sedia ada. Pada hujung artikel ini, penulis berhasrat untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada pembaca umum berhubung tujuan dan cara penetapan peletakan ayat mengundang-undangkan suatu RUU selaras dengan proses perundangan Majlis Parlimen. Artikel ini turut bertujuan mendedahkan kepentingan peletakan ayat mengundang- undangkan suatu undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Parlimen sebelum undang-undang itu dikemukakan untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Penghasilan artikel ini berdasarkan pada kajian kepustakaan dan perbandingan dengan Parlimen di negara lain yang turut mengamalkan tatacara peletakan ayat mengundang-undangkan suatu undang-undang seperti di Singapura, Indonesia dan India. Artikel ini merupakan hasil dapatan dan pandangan para penulis susulan penelitian terhadap maklumat yang dirujuk seperti Perlembagaan Persekutuan, Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan undang-undang terdahulu yang telah diluluskan dalam kedua-dua Majlis Parlimen di Malaysia.
Downloads
References
Erskine May, Treatise on the Law, Privileges, Proceedings and Usage of Parliament (25th edn, 2019) pt 4, ch 26, para 26.9, 597.
Government of Indonesia, Undang-Undang No. 60 Tahun 2024 https:// peraturan.bpk.go.id/Details/304399/uu-no-60-tahun-2024.
Johor State Legislative Assembly, ‘Rang Undang-Undang / Enakmen’ https://dewannegeri.johor.gov.my/rang-undang-undang-enakmen/.
Lok Sabha, ‘The Bharatiya Nyaya Sanhita, 2024’ https://sansad. in/getFile/BillsTexts/LSBillTexts/Asintroduced/20_2024_LS_ Eng28202470335PM.pdf?source=legislation.
Negeri Sembilan State Government, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 https://fliphtml5.com/myaus/ vabh/9._ENAKMEN_UNDANG-UNDANG_KELUARGA_ ISLAM_%28NEGERI_SEMBILAN%29_2003/Oxford Reference, ‘Enacting Formula’ https://tinyurl.com/5crj9eby
Parliament of Canada, ‘The Legislative Process: Historical Perspective – United Kingdom’
accessed 20 July 2025
Parliament of Singapore, ‘Bills Introduced’ https://www.parliament. gov.sg/parliamentary-business/bills-introduced.
Sarawak Government, Sarawak Multimedia Authority Ordinance 2017 https://lawnet.sarawak.gov.my/lawnet_file/Ordinance/ORD_ Sarawak%20Multimedia%20Authority%20Ord.%20%202017%20 LawNet.pdf.
Three Two Square Sdn Bhd v Perbadanan Pengurusan Three Two Square and other appeals [2021] 3 MLJ 280 (CA)
Zaidi bin Kanapiah v ASP Khairul Fairoz bin Rodzuan and other cases [2021] 3 MLJ 759 (FC).
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of the Malaysian Parliament

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
